Tanggal 16 Oktober 2012 merupakan detik bersejarah buat para pelajar harapan sekolah a.k.a pelajar 'Form 3' kerana hari tersebut ialah hari mereka bebas daripada "sumpahan" PMR (bagi sesetengah pelajar la) Apapun, terdapat pelbagai aktiviti yang dilaksanakan untuk menarik mereka terus datang ke sekolah. Faham-faham jer la. Orang yang dah 'merdeka' ini macam nak jer datang sekolah...hehe
Aktiviti yang dilakukan sememangnya MENARIK!!! Aktiviti yang dilakukan berdasarkan slot-slot daripada subjek-subjek yang tertentu. Sebagai contoh, pada slot sejarah aktiviti yang dijalankan ialah permainan tradisional seperti batu seremban dll. Pelajar juga didedahkan dengan filem-filem 'blockbuster' yang mencuit hati hampir keseluruhan pelajar. Hal ini demikian kerana pada mereka hari- hari selepas 'sumpahan' PMR seharusnya diisi dengan perkara yang lebih santai.
Selain itu, pihak Bimbingan & Kaunseling juga bertungkus lumus mengatur aktiviti buat pelajar dan pada masa yang sama menyelitkan unsur-unsur pengajaran dalam setiap aktiviti. Para pelajar turut mengetahui tentang cara permohonan ke sekolah teknik dan vokasional hasil daripada usaha pihak Bimbingan & Kaunseling. Pelbagai faedah yang diperoleh para pelajar.
Buat masa ini, ini sahaja aktiviti yang dijalankan buat para pelajar Tingkatan 3 SMK PANCHOR. Namun demikian, kami akan update lebih banyak infomasi tentang 'students Form 3 yang merdeka daripada SUMPAHAN PMR' ini kelak...Oleh itu, pastikan anda sentiasa jenguk-jenguk new update dalam blog ini yer?? : ) Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh...


No comments:
Post a Comment